Aku ..
Friday, 18 April 2014 | 00:44 | 0 comments
Aku hanya gadis remaja yang meningkat dewasa.
Masih belajar pelbagai jilid dunia
Masih belajar pelbagai bab sifat manusia
Mustahil untuk aku mempraktik setiap dariny.
Aku hanya gadis remaja,
Yang sentiasa berubah angin.
Cuba mencari identiti sendiri
Mungkin hari ini aku sebaik-baik manusia
Mungkin esok tidak!
Aku hanya gadis remaja,
Baru belasan tahun menghirup udara,
Baru belasan tahun memijak tanah menjunjung langit.
Membiasakan diri dengan persekitaran.
Bagaimana aku boleh yakin mampu berenang dalam lautan percintaan?
Yang pastinya lebih banyak geloranya.
Yang pastinya lebih hebat hentaman ombaknya.
Yang yakin dengan sebuah pertemuan
Yang yakin dengan sebuah perpisahan
Yang yakin dengan sebuah kesetiaan
Yang yakin dengan sebuah kebahagiaan
Aku hanya seorang gadis remaja
Yang kau kenali dulu dan kini
Yang akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
Yang sentiasa berharap,
Suatu hari nanti, di saat aku dan kau bersatu.
Biarlah dengan penerimaan semua.
Biarlah tanpa cacat cela.
Walaupun mustahil untuk jadi sempurna.